Want your
own Fotopage?






 
akmal's FotoPage

By: akmal adanan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Saturday, 11-Oct-2008 10:21 Email | Share | | Bookmark
THE STORY TELLER : AKTIVITI LUAR OLEH PELAJAR SEKOLAH FOTOGRAFI

EVENT: THE STORY TELLER : AKTIVITI LUAR OLEH PELAJAR SEKOLAH FOTOGRAFI
DATE: SATURDAY, 20.09.2008
VENUE: BAZAAR RAMADHAN SECT.13


Gambar dari kumpulan Yellow Combat, Text oleh Cempedak Goreng, Editing oleh Akmal

Pada Ramadhan tahun nie, setelah beberapa kali Xdpt join, akmal akhirnya dpt turut serta dalam aktiviti tahunan photoskool kali ini diadakan di bazzar ramadhan section 13 ... okeyy, aktiviti yg sgt menyeronokkan. group dibahagikan kepada beberapa bahagian dan akmal masuk team Yellow.

nama dan ahli group seperti dibawah:
Quote:
Red Infantry
1. ian ahmad ( mentor )
2. kacuks mraz ( penolong )
3. budakkecik
4. wan leonard
5. ninjad08
6. wakzahir
7. lyanglarhaltz
8. normawati

Green Barret
1. torque ( mentor )
2. a.g ( penolong )
3. yaya_z
4. shairul
5. acaii
6. hanszzz
7. Jass80
8. ewokz

Blue Marine
1. zayd ( mentor )
2. mykorn ( penolong )
3. toro
4. sitizya
5. esir
6. photogjunior
7. bayie
8. Muhd amirull

Yellow Combat
1. Sar ( mentor )
2. mahza ( penolong )
3. Hazran Zaara
4. bloody
5. cyful
6. akmaladanan
7. sirreh
8. CempedakGoreng

Black Hawk
1. jidin ( mentor )
2. shahroll ( penolong )
3. desired_use
4. mivfarizzet
5. fmuham
6. undermysin
7. ad_arjax
8. phizy


Laporan dr Pengerusi event, saudara Syai
Quote:
20 SEPTEMBER 2008 – PENYERTAAN 41 orang jurugambar bebas daripada Sekolah Fotografi Online iaitu Candid Syndrome Photo School menyertai satu aktiviti luar yang dianjurkan oleh salah seorang pelajar di sekolah fotografi tersebut iaitu Syaiful Redzuan Md Noor, 27. Pelopor atau 'guru besar' kepada sekolah fotografi online ini adalah jurugambar terkemuka tanah air iaitu Saiful Nang yang mempunyai pengalaman yang luas mengenai bidang fotografi di Malaysia dan juga peringkat antarabangsa. Aktiviti ini telah dianjurkan sebanyak dua tahun berturut-turut dan ia bertujuan untuk melahirkan bakat-bakat baru dalam dunia seni fotografi dan photo journalism.

Berbeza dengan tahun lalu, peserta kali ini diberikan pendedahan yang lebih mendalam tentang cara untuk mereka menghasilkan cerita bergambar mengikut cabaran yang telah ditetapkan oleh penganjur dan lokasi yang dipilih pada tahun ini ialah di Bazar Ramadhan, Seksyen 13, Shah Alam.

Seawal jam 3 petang, peserta mula berkumpul di perkarangan Pasaraya Giant, Shah Alam dan mereka telah dipecahkan kepada lima kumpulan iaitu Black Hawk, Red Infantry, Blue Marine, Yellow Combat dan Green Barret. Bagi memeriahkan lagi aktiviti ini, setiap kumpulan diberikan satu cabaran dimana mereka dikehandaki memilih lima buah gerai yang istimewa dan paling ramai pengunjung. Bermula dari jam 4.30 petang, peserta berpecah mengikut kumpulan masing-masing dan mula merangka strategi untuk mendapatkan liputan dan cerita tentang gerai-gerai tersebut dan masa yang diberikan iaitu sehingga jam 7.00 malam.

Dengan menggunakan kemahiran dan peralatan kamera yang minima, peserta berjaya menyelesaikan cabaran yang ditetapkan oleh penganjur. Setelah selesai berbuka puasa, mereka berkumpul semula di Miza Kopitiam, Seksyen 7, Shah Alam untuk membincangkan cabaran yang telah dijalani. Pada waktu yang sama, mereka yang mahir dan pakar dalam bidang fotografi berkongsi tips dan cara untuk memilih gambar yang terbaik untuk merangka cerita melalui gambar tersebut. Ini adalah salah satu tujuan penganjur mengadakan aktiviti sebegini; iaitu untuk jurugambar yang baru menceburi bidang fotografi mendapatkan nasihat daripada mereka yang berpengalaman. Acara tersebut berakhir pada jam 12.00 pagi dan sebelum mereka bersurai, setiap kumpulan berjaya menyiapkan hasil tulisan mereka melalui gambar yang telah dirakamkan semasa menjalani cabaran.

Acara dan aktiviti sebegini mungkin sekali akan diadakan pada setiap tahun sebagai acara tahunan kerana sambutan yang diterima adalah sangat menggalakkan dan dapat memberi manfaat yang besar kepada peserta dan juga pendedahan yang baik kepada masyarakat mengenai bidang fotografi.






bersama Sar Chief Yellow Combat

semuanya bagus, berjumpe abg din, dpt pujuk penjual utk bagi buah melaka free pastue next week, aku tgk mamat yg bagi aku buah melaka free tu masuk TV rancangan Bazaar ramadhan bersama Shasul Ghau Ghau wakakakkakaaa, aku plak pastu racun a.G, then, aku plak yg kene racun ngan am siot laa ko am, dan pengalaman berbuka die atas rumput beramai2 di dataran sek.13 tu mmg best ...hihi syiokk lahhh!!!!


Akmal Adanan, Photographer
+6012.7655.165

wow,,,... ramai juga geng-geng kau orang ya... Wed 29-Oct-2008 14:26
Posted by:abangman  - [Link]
hi akmal....

lama aku tak komen kat sini...lalu je...
nice entry nih....
Mon 3-Nov-2008 06:39
Posted by:shaifulsafar  - [Link]
Akmal : ini antara outing yang best untuk tahun ni.....harapnya tahun depan boleh repeat balik dengan hasil yang lagi best.....bila nak minum2 kat Pak Li lagi? Thu 6-Nov-2008 01:34
Posted by:jidin@anyeventphotography giding@yahoo.com  - [Link]
View all 15 comments Add comment


Saturday, 11-Oct-2008 09:44 Email | Share | | Bookmark
Berbuka Puasa @ Kuala Selangor

Event: Berbuka Puasa
Date: Sunday, 14.09.2008
Venue: Kuala Selangor


Hai, pada 14.09.2008 yg lepas, kiteorg ade plan utk makan makan kat Kuala Selangor, sambil2 usha port utk buat outdoor nanti. so, lepas sume urusan jemput menjemput, 4 org je pegi, sbb senang nk kawal klu smale scale nie (itu pon susah) nk kawal beruk2 nie ...ekekekkee so, outing kali nie bersama shahroll, hafiz, isz & akmal .... transportation aka driver shahroll lahh. ktorg gerak dr s.alam kul 3.00 ptg. plan nk jalan slow, so sampai usha2 jap trus leh buka pose. tiba2 anak buah karamjit singh (shahroll) nie bwk kete laju plak, adoiii, kul 4 lbh dah smpai. mmg lapar lah dibuatnye... ade 3jam lagi sebelum waktu berbuka, giler laa ko nie shahroll ....

okey2 ... so Xde pape nk ckp lagi,
just nk tunjuk sikit2 gambo jer mase perjalanan sampai buka... perjalanan ptg tu akmal layan lagu Marie Digby, gurL yg sgt lawa... fuhh dah la lawa, pandai menyanyi plak tu, mmg ckp serba serbi. ade DVD case die akmal pegang kat bwh nie ...so, enjoy walaupon gambo Xenjoy ....















Actually outing kali nie adalah nk push diri sendiri utk shoot without flash (akmal Xreti) mase shoot nie, hujan renyai2 plak ...makin mencabar perut akmal kene bertahan. so, cuaca sgt mendung. jadi, byk shots kat sini di ambil dgn ISOs yg tinggi sekitar 800-1250... thanks korang yg follow, shoot gambo aku, hahha lame Xenter frame ... lain kali jom outing lagi... jgn lupe ajak Toro, kecik hati die nanti. byk lagi gambar dlm hard disk nie, tp cm Xbest nk share, sbb byk gambo sendiri...

nak gambo lain, bleh cari kat
http://hafizally.fotopages.com


Akmal Adanan, Photographer
+6012.7655.165

Buke pose kat Kuala Selangor tak ajak aku, kat umah aku dah tu hehe... Sun 12-Oct-2008 01:51
Posted by:Azahar-UkiR  - [Link]
Buke pose kat Kuala Selangor tak ajak aku, kat umah aku dah tu hehe... Sun 12-Oct-2008 01:53
Posted by:Azahar-UkiR  - [Link]
yer ke azahar> ???
adeii len kali aku ajak
sbb Xtau ...hehe
Sun 12-Oct-2008 03:06
Posted by:akmal  - [Link]
Add comment


Wednesday, 24-Sep-2008 07:53 Email | Share | | Bookmark
ANAK DERHAKA

Akmal jus nk share satu cerita nie, Xtau dpt dr mana, tp saudara azrul letak kat forum. then akmal nk share ngan sume ayah-ayah kat luar sana ... em, Xpayah la baca tulisan akmal nie, just read it ... pahamkan btol2 ....

Quote:
Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut oleh anak lelakinya yang berusia tujuh tahun di muka pintu.

“Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?”

“Ya, nak tanya apa?”

“Berapa pendapatan ayah sejam?”

“Itu bukan urusan kamu. Buat apa nak sibuk tanya?”

“Amin saja nak tahu ayah. Tolonglah bagi tahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?”

“20 ringgit sejam.”

“Oh…” kata si anak sambil tunduk menekur lantai. Kemudian memandang wajah ayahnya semula sambil bertanya;

“Ayah….boleh tak Amin pinjam sepuluh ringgit daripada ayah?”

Si ayah menjadi berang dan berkata;

“Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa sampai mintak sepuluh ringgit? Nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan untuk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik ke bilik dan tidur, dah lewat dah ni.”

Kanak-kanak tujuh tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke biliknya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yang kecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini. Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan membuka pintu.

Didapati anaknya masih belum tidur.

“Kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah sepuluh ringgit ini,” kata si ayah. Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang.

“Terima kasih banyak ayah,” katanya begitu gembira. Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping not sepuluh ringgit yang sudah renyuk.

Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang.

“Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dari mana kamu dapat duit di bawah bantal tu?” Jerkah si ayah.

Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya.

“Duit ini Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri setiap hari. Amin minta lagi 10 ringgit sebab duit yang Amin ada sekarang tak cukup,” jawab si anak perlahan.

“Tak cukup untuk beli apa?” soal balik si ayah.

“Ayah, sekarang Amin sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah. Amin nak makan malam bersama ayah,” jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya. Baru si ayah benar-benar faham maksud anaknya itu.

Selepas mendengar penjelasan anaknya, si Ayah terus mendakap anaknya dengan penuh kasih-sayang dan bersalah kerana membiarkan anaknya diabaikan.


Moral

Kadangkala kita terlampau sibuk sehingga mengabaikan insan tersayang yang dahagakan kasih sayang dan perhatian kita. Oleh itu, luangkan sedikit waktu untuk bersama mereka.

Akmal Adanan, Photographer
+6012.7655.165

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir Dan Batin
Semoga ceria2 selalu
:: Cerita yg bagus ni. Boleh dijadikan pedoman
Fri 3-Oct-2008 17:06
Posted by:m:e:o:r:j:a:y meorjay65@yahoo.com  - [Link]
selamat hari raya akmal.....

p/s: dah pernah baca cerita nih...tapi bagus kalau dapat baca berulang kali....sebagai ingatan kepada seorang yang bergelar ayah....
Mon 6-Oct-2008 01:19
Posted by:shaifulsafar  - [Link]
Uh sedih2... Wed 8-Oct-2008 00:59
Posted by:Cookie ukirkasih@yahoo.com  - [Link]
View all 15 comments Add comment


Tuesday, 23-Sep-2008 12:56 Email | Share | | Bookmark
What I did recently? 06.09.08

EVENT: BREAK FAST WITH IRANIAN STUDENTS
DATE: SEPTEMBER 6, 2008
VENUE: MOCK RESTAURANT , FPHP UiTM


Hi, all viewers and my dearest frenz ... okey, for this entry i would like to share something very unique and delicious. recently - 6 sept '08, Our dearest friends from Iran volunteered themselves to cook some Iranian food and break fast together. This is actually an exclusive event. Lecturers and MSc.students were invited to attend. it was overwhelming as this is my 1st time to try Iranian food ... they have rice, qurma, meatball, fries, and many more .... (pls add in my comment later) approximately 10 vips (lecturers and associates) ...and 40 students are coming ...it was very happening, with the great food (gud job u all !!!) and good ambiance (Iranian song) ... i ate a lot


*table set up soon before the break time..


*Iranian food ...special taste very good ...

***


*Hungry faces ...cant wait to eat all the food .. aiyooo relax la bro...


*"Allahuakbar Allahuakbar !!!!!" ehh, time to eat ...


*After 2days havent take any food ...pity him


*Students of MSc Tourism Management having their meals


*from left: ruby, salha and tiva


*Whut happen to you fit ..... seems so strange, huhh


*More food ...this is actually second course ...main meals




so, after enjoy all the food ...it is time to have the group photo..




Thanks a lot for all of u to organize such a great event.
thanks for sharing all the food, really fantastic. good effort frens
thanks also to all VIPs and frens for coming ... thanks thanks thanks




[size=9]*Dr Norain says something before leaving the restaurant



*People who make all this happened ... thanks buddies

***

Thanks to tiva for asking me to portrait the event...
it was an honored. so, others, if u need any photography service,
just call me for it ... lets the photo tell the stories ....
okeyy, see u in other entry ... as usual, pls response, leave ur comments below
im really happy to read it !!! thanks ....


*me in the frame ....smiles

Akmal Adanan, Photographer
+6012.7655.165

hihih... ntah laa, cm biase2 jer
tp ok, sedap jgk ...
kene try nt azim ...hhehe
Fri 26-Sep-2008 03:36
Posted by:akmal  - [Link]
bang nak tgk reveiw pedangg jedi satu!!!!.... Sat 27-Sep-2008 16:57
Posted by:RanggiE  - [Link]
ekekek ..pedang jed simpan ...
nk kasi peluk puas2 ...
Sun 28-Sep-2008 02:29
Posted by:akmal  - [Link]
View all 10 comments Add comment


Sunday, 21-Sep-2008 05:39 Email | Share | | Bookmark
CANON 5D MARK II


Ini lahh wallpaper akmal sekarang nie ...semenjak new DSLR nie announced, rasa mcm Xaman jer dunia nie. Its like everything is not enough ...rasa mcm nk sambar je DSLR nie, tp Xtau lahh bile nk dpt. Its too expensive.. hihi, Xpelah biarkan ia menjadi sebahagian daripada impian akmal ..ok u all, sorry lahh entry kali nie mmg agak pelik sikit. hrp korang xmarah. hihi selamat berpuasa lagi ...

Pre-Photokina 2008: After a week or so of teaser ads Canon has finally unveiled the successor to the venerable EOS 5D, the world's first 'compact' full frame digital SLR. The EOS 5D Mark II boasts a new 21MP CMOS sensor, an expanded ISO range of 50-25,600 and a wealth of improvements and new features including full 1080p HD movie recording, live view, 3.0" 920k dot LCD, DIGIC IV processor, increased battery capacity and sensor dust reduction. UPDATE: Body-only prices: US: $ 2,699, EU: € 2,499, UK: £ 2,299.


Sources: www.dpreview.com
http://www.dpreview.com/news/0809/08091705canon_5dmarkII.asp

videography:
http://www.usa.canon.com/dlc/controller?act=GetArticleAct&articleID=2086

Akmal Adanan, Photographer
+6012.7655.165


huu aloh... blm habih explore yg baru... kepingin yg lain plak doh!
btol la akmal x setia...
psss... anyway, good choice. jgn beralih arah.. dark side ni jahat...!!
Tue 23-Sep-2008 17:51
Posted by:Ah Yen
yer ah yen ....
Xsetia model jer..... ekekkekeee
thanks for visiting
Tue 23-Sep-2008 18:16
Posted by:akmal  - [Link]
ini racun secare halus nih adoi hai....
bru jek sembuh skit dri racun canon..
dtg blk racun tersebut..
Mon 6-Oct-2008 18:38
Posted by:toro carlos_lavera@yahoo.com.my  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Monday, 15-Sep-2008 18:31 Email | Share | | Bookmark
Currently on AZIMAH & ZAMRI album

STATUS: BUSY
COMPLETED AS 17.09.2008


From: azimah sairan <azimah.sairan@gmail.com>
Subject: Re: CUSTOM ALBUM FINISHED
To: akmaladanan@yahoo.com
Date: Friday, September 19, 2008, 6:13 AM

Quote:
hi akmal,

i d tgk da..sgt suka..
psl susun2 tu ikut aturcara majlis aritu je la n mane yg u rase ok.
i ok je..
so tnggu u emel for 11x14 pic tu plak.

anyway thanks and good job..
sumer family i puji u aritu..


Hi frens ... ape kabar, diam xdiam dah setengah bulan kita menjalani ibadah puasa ... bulan ni jgk adalah bulan yg agak bz bg akmal, sbb yer laaa, semester dah hampir tamat, kerja2, and dateline pun semakin byk ...mmg mencabar. but then, akmal kene jgk tunaikan janji utk sume akak2 abg2 pengantin.... supaya album mereka siap as whut i promised ok, pada masa nie akmal in progress buat album Azimah & Zamri ..before go to album seterusnya ...



ok, 1 or 2 days later, siaplah album dieorg nie, hope everything berjalan as schedule... to all views yg ke fotopages akmal, thanks sudi melawat ...pasnie akmal akan upload sedikit about Majlis berbuka puasa bersama Iranian people plus, berbuka puasa di Kuala Selangor ...ramai model terkenal di sana ...

so tunggu ........


*masa sekarang 2.45am, tg buat album ...Hafiz yg masak meggie kat umah td, baru jer balik, nasib baik meggie sedap ... huhhh, btw thanks bro dtg ... ko jgn dtg bwk tgn kosong lagi, aku halau ko blk nt ...wakakakkakaaaaa

nk tgk slide show??
tekan link bawah nie,
http://s246.photobucket.com/albums/gg104/akmaladanan/AZIMAH%20ZAMRI/AZIMAH%20ZAMRI%20CUSTOM/?action=view&current=21e7bc95.pbw

Akmal Adanan, Photographer
+6012.7655.165

ko kapel ngan apiz eh,...
wahaha
Sun 21-Sep-2008 04:25
Posted by:Qayyum differentcomfortable@yahoo.com  - [Link]
Dah siap leh sambung wat aku punya lak hehe... Sun 21-Sep-2008 05:39
Posted by:cookie  - [Link]
haha, ade yg lain Xsempat la bro Sun 21-Sep-2008 09:21
Posted by:akmal  - [Link]
View all 18 comments Add comment


Tuesday, 9-Sep-2008 04:54 Email | Share | | Bookmark
MY NEW FAMILY MEMBER ....

EVENT:***NEW GENG ***
DATE:09 SEPTEMBER 2008
LOCATION:MIRASAA SEK.9


I always wonder, kan senang klu bekerja dgn 2 body, Xpayah tukar2 lens, byk angle boleh cover, boleh dptkan byk moment penting ...segalanya lahh. seems it is a big gap when i work with 1 body in hands.

Bro Zamri nie dah amek brg baru laaa
sungguh pantas!!!
Quote:
ex40D aku ..selamat berjasa kepada tuan baru mu ...hahahaha..
Akmal and Hafiz..nice knowing u guys....today ..gua dah sambar D300 with Nikkor 17-55 f 2.8 ...Yahooo.............




ehemm.....
hahahaaaa, hari nie hari yg sgt best, sbb ape yg dicita2 kan selama nie tercapai jgk akhirnya ....thanks to mattranggie walaupon dok asik racun hari saban hari. Setaip pagi ym sure die akan menaburkan racun2 berbisa yg membuat aku sakit, teramat .... huhhh, smpai masa, aku pon layu akhirnya. Benda yg xdirancang, tibe2 came across with one item, yg mmg tgh akmal cari. tanpa membuang masa, terus akmal tekan butang2 hp n bercakap dgn nya .... "bang saye confirm amek, bile bleh jumpa?" so, mlm td dengan bantuan Hafiz, akmal terus on dan jumpe saudara Zamri di Sek.9, Shah Alam ......


my new family member Canon 40D.... =)

huahahuahhaaa, thanks bro Zamri, selling me like a new body ...plus miscellaneous items yg dihadiahkan !! mmg syiok + puas hati, semoga ape yg bro hajatkan menjadi kenyataan .... test punya test, terus jadik..... bro Zamri ni pon baik orgnyer, siap buat mini TT mlm tu. lps selesai sume... kami masih Xpuas minum, mlm tu terus sahur kat Sek.7 baru(baru) ...ngan Hafiz, then terus call Shahrul, dtg all the way fr Klang, kesian shahrul dtg jauh2 kene plak rachun ngan aku ...hihi, aku dh kene, org lain pon mesti laa kene

ok lahhh, skrg Hafiz je yg aku Xdpt rachun lg, die ni pengguna Nikon yg tegar, Xpe, air menitis kat batu pun batu lehh lekuk ....sabar je, Xlama kene lahh tu adib, hihi...ko pon bile nk dpt satu? ok selamat berbuka (sape yg baca belah ptg) + selamat terawih (sape yg baca belah mlm)


My Lovely Canon 30D | taken with my new 40D

Quote:

wahh bro, sgt cepat angkat barang baru!!!!
amacam nikon? layan k!! d300 + 17-55 mmg superb ..
huhhh, mmg best..pakai high range Nikon plak skrg
malu nk jumpe bro zamri lg pasnie

jgn risau, janda abg saya jaga baik2, mcm mana abg jaga die dulu
hihihi, nt saya nk belikan skirt (BG-E2N) utk die, kesian Xpakai pape
huahahhahaaaaa

Bro, klu turun s.alam jgn lupa bag kol ok!!
kita minum2 lagi ....nk test kopiko kuat abg tue
mcm seronok jer!!!!


Ok, akhir sekali akmal mintak maaf kpd semua, topis kali nie xde pape ..just nk share excitement dpt barang baru... kpd yg belom dpt diracun, elakkan jumpe akmal, mmg panas la telinga pas nie ...huahahahahhaaaa ...... amacam hafiz, ko mmg next target aku.. lps ninjad...... huhuhuuuuuuuuu salam

Akmal Adanan, Photographer
+6012.7655.165

huhu... tahniah ngn ur new slave tuu (40D) moga masyuk lebih banyak..hehhee.. pasni trisno dah takde ayat nak hasut lagi.. 5d mkII dah kuar.. memang superb abis.. tak minat nak angkat? hehheeh Thu 18-Sep-2008 10:16
Posted by:nizam  - [Link]
syawal,
hihihii hang pakai canon, nk masuk lens apa??
hhehehhee

nizam,
hahahaa, trisno ade satu lagi point, aku Xde tele lagi
5d mark II? alamak, jauhye ...5D pon aku Xtercapai lagi
sabar laaa, tunggu 5D turun ..nt aku pk kan
ko angkat la dulu, raya nt ade masa jumpe la kat kg.melayu
Thu 18-Sep-2008 14:49
Posted by:akmal  - [Link]
wah...raye sakan la die.... Sun 28-Sep-2008 16:22
Posted by:p u R p L e  - [Link]
View all 42 comments Add comment


Thursday, 4-Sep-2008 14:40 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT BERPUASA

Kepada,
client, x-client, keluarga dan rakan tersayang ...

Sempena bulan ramadhan yg mulia ini, akmal dengan rendah diri mengucapkan selamat menyambut ramadhan, selamat berpuasa & bersolat terawihh ... bykkan menderma, membuat kebajikan dan mendekatkan diri kepada Allah ....semoga Ramadhan kali ini memberi seribu kerahmatan kepada kita semua sebagai umat Islam... aminn


*selamat berpuasa, hayati gambar2 yg ada di sini =)

Quote:
KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi


*source: http://www.ashtech.com.my/bulanislam/Ramadhan.html

PENERANGAN HADIS


1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Quote:
Biografi

1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.

2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani

3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.




Akmal Adanan, Photographer
+6012.7655.165

mane ble kau tukar mal...
aku ttp setia kpd dark veda...
hahahaha....
makin meletop kau mal skrg...
bakal2 menjadi pewaris takhta fotografer kt malaysia nie...
cyiayok la mal...keep pi dup...
Tue 9-Sep-2008 00:53
Posted by:wan  - [Link]
Jom pakat2 join bengkel fotografi bersama Ted Adnan di Langkawi --- http://kaymasterpieces.fotopages.com/ --- Wed 10-Sep-2008 02:26
Posted by:kayrold  - [Link]
tengs 4 dropping by.
hah,ekceli baru praktikal, blum officially msuk profession tu.
huhu
btw, slamat bpuase~
Sat 13-Sep-2008 05:03
Posted by:nad  - [Link]
View all 32 comments Add comment


Monday, 1-Sep-2008 22:40 Email | Share | | Bookmark
TRAINING SIMULATION

EVENT:TRAINING SIMULATION
DATE & TIME:27.08.08 @6pm
LOCATION:MOCK RESTAURANT 2 FPHP, UiTM
ORGANIZER:Master Student [Hospitality Management]


Hai, just nk share aktiviti akmal menjadi seorang pelajar di UiTM nie ... hihihihi ok ptg rabu lepas, akmal attend 1 more event.. this event is actually part of master in hospitality course - training simulation ...so that we are invited to view and experience ourselves on how certain training simulation is being conducted.. hence, it was a good experience for all of us ... hihihihi this training simulation was lead by Tengku, beliau berpengalaman luas dlm organizing many training, local and international .... PEACE



one more

*dr kiri yatie, ina, jue & akmal


Training nie dah di beri group2 member die ... so akmal bersama2 dgn jue, ina n yatie ... group yg paling mantap dr ape juga segi, almost cant be defeated laaaaa !!!! hahahha jgn marahh, then ade lagi 3 group ...so all together we have 4 groups in the house.. havoc and chaos jadinya bila bersama2 ptg tue .... hehh


*my great masterpiece .....ehemmmm


antara icons yg siap dibuat ...hihi


Mase training, kene plak buat satu icon utk terangkan pasal diri masing2 ...pakai plasticine... Xtau lak nk buat ape, teringat kamera, terus buat.... ingat abis cm tue jer , kene plak present kat sume org sbb ape pilih icon tue... hihi pening gak nk cari idea .... yg lelain pon same, ade yg buat dinasour laa, pokok laa rama2 laaa, dan yg paling best my fren fr iran Sajjad - buat cicak... alasan die umah die kat sana byk cicak, tp selama die kat m'sia nie Xpenah jumpe pon ..... wakakakakaaa


*our group's choice as alwayss!!!!


then, mcm2 lagi la kene buat .... ade satu group activity nie kene bgtau ape barang yg emotionally u a lot .... die bagi 3 min jer, nk pk n nk lukis .... em.. terlintas kat pikiran "maggie" laaaa (instant noodle)... knp ??? sbb sy sayang maggie, die selalu tolong saya di dalam waktu kesusahan .... settle!!!





ok 7.30pk abis laa sesi training nie, susah gak nk buat mende nie, experience tu penting, how to make the session attractive enough ... tu yg penting ... ok, thanks korang jemput kiteorg dtg .... walau aku xde kelas, aku dtg gakk ....hahahahahaaaa Lan, ko hutang aku nasi goreng kampung USA telur mata ikan bilis lebih + air carrot susu .... hahahhaa kire, ko kene bayar masa aku dtg tue!!!!! ok, nice experience .....


*antara org2 kuat dlm project nie ...yg lain mane?? ade sibuk kot


*group foto



Owhh sebelum terlupa, thanks gak pada aliff, sbb tolong amek gambo aku ... bestnye ade gambo sendiri... asik amek gambo org lain jer.... wakaakakakakaa thanks eyy bro, ade bakat nie, boleh digilap .... PEACE !!!

Akmal Adanan, Photographer
+6012.7655.165

weh.. thank a lotz sbb sudi amik pic event training ni ek... Sun 21-Sep-2008 15:34
Posted by:NiKov
welcome ...
nikoV nie sape ekkkk?????
sorry laa akmal Xingat nama kamu
Sun 21-Sep-2008 18:24
Posted by:akmal  - [Link]
hehee ..carik sendri... Mon 22-Sep-2008 10:53
Posted by:NiKov
View all 24 comments Add comment


Sunday, 31-Aug-2008 23:28 Email | Share | | Bookmark
DILEMA MELAYU =(

Quote:
*Kepada kawan2 yg selalu visit fotopages akmal, First of all, sorry sgt2 sbb lama Xupdate fotopages nie.. terlalu2 busy lately. Ok after this I will try to make it sure to update every pictures I shot in RECENT. For u guys ...kindly drop ur comments here ...of anything u like to express ....always glad to have u here ....

daaaaaa


MAJLIS: DILEMA MELAYU DALAM ARUS EKONOMI MALAYSIA
TARIKH:31.08.08 @11am
LOKASI:DEWAN SRI IMPIAN, HOTEL UiTM
ORGANIZER:BSc. Student [for Event Management Class]


Pada hari khamis lepas 28.08.08 pagi around 9am akmal attend defend proposal di IPSIS Intekma Resort Shah Alam. bagus, dpt belajar cara bagaimana kite defend proposal kita semasa dihentam oleh panel2 yg dilantik ...hihi berderau gak darah ... takut wehhh ...... nt laaaaa, sampai masenya akmal nyer turn pon Xlame lg dahh ....

***

Soon after that, kami (akmal dan kwn2) pon bergegas ke Hotel UiTM sbb kami tahu Tun Dr.Mahathir ade di sana bersama Datuk VC ..... hari ini Tun akan menyampaikan sedikit buah fikiran dlm program Pemantapan Wawasan anjuran Pengurusan Hotel & Pelancongan....

"DILEMA MELAYU DALAM ARUS EKONOMI MALAYSIA"


*Tun semasa menyampaikan ucapannya ...

Dalam speech nya lebih kurang 2hours, Tun banyak menyentuh tentang pembahagian ekonomi di Malaysia ...dan ianya sgt mengejutkan ... dan menakutkan. Tun byk menyampaikan tentang sejarah dunia dan mengaitkannya dengan malaysia. Skrg, kuasa yg paling kuat dlm dunia ialah negara China. dan China skrg merupakan open contry berbanding sebuah negara komunis dahulu. Kini mereka memanggil pulang rakyat asal negara mereka dan mereka diberi imbuhan sehingga 100KM persegi utk dibangunkan.

Tun memberi gambaran, bagaimana jika org2 Cina yg ada di Malaysia ini pulang ke negara asal mereka???? ekonomi Malaysia akan LUMPUH, bandar2 di Malaysia semua akan lumpuh, Tun kata "kita harus sedar yg kita bergantung pada org Cina" ...jika kita tidak belajar .......kita akan terus menjadi lemah ....


*suasana dlm Dewan Sri Impian, Hotel UiTM ...ni laa tpt aku dok exam dulu2 =)


Tun juga memberi byk contoh akan kelemahan org melayu.... dalam pengalaman beliau ... bagaimana org melayu selalu mengambil jalan mudah, ingin cepat kaya tanpa berusaha dengan sebaiknya ....bagaimana DEB disalah guna, pemberian AP, projek dan pelbagai lagi ....Tun byk membuka minda pelajar2 supaya belajar bersungguh2, kepada pemegang biasiswa; anda harus ingat.. duit yg diberikan itu adalah duit rakyat drpd segala cukai etc, jd itu adalah amanah rakyat, jadi mesti digunakan dengan baik utk kebaikan kembali kpd rakyat.

Majlis diakhiri dgn sesi soal jawab ...
hihi, agak kontroversi. dan menghiburkan
Tun mmg seorang speaker yg baik, even time given to him seems very short.


*photographer enter the frame


Time now is 0752am
First day puasa
Xsempat nk upload b4
So nie upload sume sekali

Akmal nk tido, Xtido dr mlm semalam siapkan sume gambar2
Sbb esok nk buat asgmnt lain pulak.. huhh sgt padat timetable akmal skrg nie ….
I need a Rest …. At least for a while hihi
Selamat Berpuasa yerr .......


Akmal Adanan, Photographer
+6012.7655.165

Bestnye dapat dengar Tun nye talk...... Dari segi ekonomi aku memang selute Tun. . Photographer ni pun aku selute jugak sebab gambarnye cantik2..... bila nak tag ngan ko ni .... Thu 4-Sep-2008 03:32
Posted by:Misha Omar & mzubir mzubir@gmail.com  - [Link]
mzubir & misha omar??
bior betol???? wakakakakaaaaaa
jejaka UiTM nie dpt misha ker???
wehh, thanks sudi singgah fp aku +kkomen..
ade gak org nk dtg jenguk fp buruk aku tue

aku yg nk tag ngan otai KL nie
ramai org kata ko nie best, serios byk good response
mmg nk jumpe mzubir dan blajar ...boleh tak bro mzubir
atau pon saya jagakan misha awak nanti

ekekkekeeee
Thu 4-Sep-2008 05:32
Posted by:akmal  - [Link]
Huhuhuhuhu.... bukan aku nak misha omar tu. dia yang nak aku.... huhuhuhuhuhu. . Good reponse tu pasal diorang nak ikut lagi..... bukan nye apa. Insyaallah kalau aku turun Shah Alam nanti aku calling2. Kalau datang area sini roger2 laaa... Fri 5-Sep-2008 06:27
Posted by:mzubir mzubir@gmail.com  - [Link]
View all 7 comments Add comment


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.